Tuesday, December 12, 2017

GIVEAWAY YES BY ROXALYNNE



Kembalinya daku di bulan disember ini bukan untuk menulis hikayat sejuta bintang, tapi ingin memeriahkan lgi giveaway yang dianjurkan oleh adik manis kita..  CT Roxalynne.  


Yeah~ Jom join! Jika berminat sila klik di banner atas ye..

Hadiah dia menarik juga ni.. Aien terpikat lagi tertarik dengan cookies tu... Hope dapat. Nampak x mak buyung mengidam. hehehe

K .... join tau. jangan lalu jeee..

Good luck for all contestant.. ^_^
Tuesday, November 14, 2017

Kpop Giveaway by fa


jOm join.. mna tau ade rezeki.. 

click banner untuk join~ 


Good luck for all the contestant   ^_^

Monday, November 13, 2017

Jealousy

Today I would like to write some rant of myself. After I done something for my sister, helping her with her task, I realize something. Even though I'm not good with please people, yeah~ not everyone good of it, atleast I tried to do it.

When I mean to be housewife, there a lot to think. Think. Over thinking is the bad idea when you pregnant. I tried not to, but can't avoid it. When we become other burden, think how can we help him other than being a burden.



I think of myself. I never change. I ignored people, I don't care about others. We should care either, but his my family. Why should I keep myself shut out? Please..  do change. this rant never going anywhere. please be hold yourself. 

Adeh~ padah tengok cerita sedih macam ni.  hahaha Tengok cerita apa? tu haaa~ Koe No Katachi a.k.a The Shape of Voice. Kind of depression movie and it's awesome. This week I think I'm into anime. haha Sometimes, I do change. Yeah~ last month I'm obses with watching Korea drama. And this month, I change. hehe 


Lama dah nak tengok anime tu... Tapi tak tertengok-tengok jugak. For those yang curious nak tengok, boleh tekan tajuk tu.. Aien dah sekalikan. Kalau tak dapat, tengok la di 9anime.com , taip Koe No Katachi. ๐Ÿ˜Š 

Here... I pinned up some quotes dari movie tu...



Nishiyama Shoko seorang yang cacat pendengaran yang berpindah ke sekolah Ishida Sho-chan (I forgor his name already). Yang jadi highlight cerita ni apabila Ishida Sho-kun selalu buli Nishiyama Shoko ni sampai dia dibuli balik  Dia punya give up dengan hidup dia, sampai mark date dia pilih untuk suicide. Once mak dia tahu, dia make a promise dengan mak dia yang dia takkan bunuh diri. 


Bila Ishida Sho-kun sekolah menengah, dia punya takut nak angkat muka tengok orang lain. Sebab dia kehilangan maksud seorang kawan tu. Dia rasa dia jahat sangat. Teruk kan society macam tu. Well, benda macam ni actually happen around us, tapi macam biasa sesi kecam mengecam ni sadis till the end of the world agaknya. 


Last sekali, we should learn to be thankful and grateful. Alhamdulillah for all nikmat yang Allah dah berikan pada kita. Lengkap segala-galanya. Sometimes kita kena selalu ingatkan diri kita, be grateful and thankful. #alhamdulillah. ๐Ÿ˜Š 

Till we meet again..  Jaanee~ ๐Ÿ˜˜





Friday, November 10, 2017

Lazada Online Revolution: Shop the Universe

Hai hai assalamualaikum semua, hah~ lamanya tak buka blog ni.. rasa macam dah sebulan dah! Ceeehhh~ tau la dah masuk bulan baru, usah drama sangat boleh tak? Salam November semua!!! 

Hari ni Aien baru ada mood nak menaip untuk Lazada ni. Haiyak~ malas teramat! YA TUHAN!!! Tanpa menangis dengan lebih panjang lagi, Aien teruskan lah menulis yer. Memandangkan idea ada di kepala dan jemari tengah laju nak berlari di atas papan kekunci ni. Eh, Meraban apa tu?? Huish~~

 Soalan pertama yang WAJIB dijawab untuk menyertai contest ni is answer the question DO YOU REMEMBER YOUR FIRST PURCHASE ONLINE?? 

Of course I do remember about that thing. Masa tu Aien berusia baru 21 or 22 something la. Baru nak kenal dunia purchasing online gitu. Aien ni suka nak berbeli. Apatah lagi benda online yang menarik semuanya. -sorry I don't have any photo of them-
U olls pernah dengar Qoo10 tak? Qoo10 ni famous tau dengan barangan daripada China, Jepun, Korea dan seangkatan dengannya. Masa tu, nampak comel-comel je accessories dari dorang ni Aien try purchase jam tangan masa tu mula-mula. Alhamdulillah sampai la di tangan jam tu. Next item from Qoo10 jugak. But this time, the item didn't come to me. T^T sob sob kejap. Berkurun lamanya Aien menunggu barangan tu. tak sampai-sampai. It's take time jugak nak move on trauma beli barangan online ni. Nasib la barangan tu, tidak la seberapa mana harga dia. Aien tak ada la keciwa sangat barangan tu tak sampai, but atleast mention la kat kita balik kan.. But, Ah~ benda dah lama usahkan dikenang duhai Aien!

Next, WHAT ITEM DOWH YOU PREFER TO BUY ONLINE?

Being a housewife a much prefer to buy my groceries online. Haha Nampak pemalasnya nak keluar. Bila suami sibuk, dan diri tidak la reti nak memandu atau malas nak keluar, beli barangan dapur menjadi pilihan untuk beli online. Teringat pulak mula kawen ritu, hampir 50% barangan keperluan rumah Aien beli kat Lazada. mwahaha Apa dia? Set katil (bedframe+tilam) dan mesin basuh manual. Eh, tu je ke? Haaa, Almari dua set. Satu orang hadiahkan satu Aien beli sendiri. Hehe Pahtu Aien try beli rak IKEA kat Lazada even mahal sikit daripada harga jika pergi IKEA sendiri. Well, remember! I'm too lazy to going outside. :)

taum is next in korean, WHAT TO YOU LOVE ABOUT ONLINE SHOPPING? 

Overall, Aien dah mention kat atas what?? I'm too lazy to going outside. Sometimes, bila kita dah keluar tu, idea lain pulak sampai dalam kepala ni. Sudahnya lain dibeli. Kalau beli online pulak tinggal pilih, bayar dan tunggu sampai. Traaa~ It's magic right?? hahaha Believe me, I'm such a simple woman so, when said online shopping - it's my hobby. Scroll, choose, pay and wait! Tada~~


Lastly, soalan WAJIB jugak ni. WHICH PRODUCT DO WANT TO BUY DURING THE REVOLUTION ONLINE SALES?? 






Taraaa~ Ini lah angan-angan Aien nak beli nanti. Dah masuk favorite dah ni! Tinggal pujuk cik sheben lanja ni je lagi. Kah~ perangai duhai diri. Boleh la lepas ni niaga ais krim Malaysia untuk budak taman. Angan~

Okay guys, tanpa buang masa, mohon set alarm anda! starting 12 AM this night till 14 December THE REVOLUTION SALES is BEGIN! PEEEEEP~~~


Mana nak pergi?? Klik pada banner di bawah untuk grab your favorite things!! Cepat sebelum kehabisan stock!!





Lai lai lai,, JUALAN PANAS!! Let's us run the revolution!!! YEAHHAAA~ But, guys.. If you intrested to join the contest, do klik banner below yeah~ The more the merrier! Good luck!



Monday, October 30, 2017

Jalan-Jalan Ke Kluang

Remember when I said I was jalan-jalan few days ago?? Hehehe 


Hai hai hai hai Assalamualaikum uolls semua, Kabare di petang isnin? Harap semua okay and dah move on daripada monday blues kay? Punya excited dapat email dari lazada untuk join contest, Aien terus bukak laptop dan mencari ilham konon-konon nak start tulis entry based on apa yang lazada nak. But, baca lagi sekali, contest start rabu. hahaha Nampak tak excited dia tu? So, tutup la semua yang berkaitan dengan lazada, meh, sambung mood tulis jalan-jalan Aien ritu. Tapi, malas yang amat.. Ntah tak ada mood nak tulis tentang tu. Kah~ mengada sangat. 

Hujung minggu lepas, meriah Johor Bahru dengan macam-macam aktiviti even penjawat awam dah gaji awal bulan hari tu. Kah~ ngeng sangat! Dengan Jom Heboh dia, Karnival sana-sini, Sekarang UTM pun tengah meriah dengan FESKO UTM. a.ka Festival Konvo. Sampai esok kot. Malam kelmarin Ustaz Kazim Elias, Aien lupa nak g. Semalamnya Anuar Zain dengan Misha Omar. tapi ajak Cik Sheben dia kata hujan, jalan jammed. Tak payah g. T^T Bawak hati lara, Aien tido awal. Kah~ Malam ni ada Projector Band. Malam penutupan ada Aiman Tino. Itu dah tak kisah dah. 

Okay, back to original story. Last Thursday, Me and family goes to Kluang. Saja jalan-jalan. Bawak mak mertua dengan adik ipar yang teringin nak naik kereta api. Katanya, kapal terbang dah, kereta api dekat ni je belum. Hahaha Maka berjalan la kami. 

Ada apa di Kluang?? 

Part ni Aien nak gelak dulu. Tak ada apa eh. Saja jalan-jalan. Nak naik kereta api. Hahaha Berbaloi? Boleh la. tiket kereta api bukan mahal sangat pun. Kalau daripada KULAI hanya RM12 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan RM10 juga untuk warga emas. Pergi balik baru RM24 seorang. Okay kan? 

Trip kereta api dia, Sekali pagi, petang dan malam. So, senang. Nak jalan-jalan sana pun boleh. Sampai leput pun tak kisah. Barang-barang kat Kluang pun boleh la tahan murah. Masa Aien pergi tu, Johor kan tengah cuti Hari Hol Sultan Iskandar, banyak la kedai tutup jugak. Sunyi sepi je pekan Kluang tu. hahaha 

Kalau google pun, mesti ada je blogger cerita tempat menarik di Kluang yang boleh dibilang dengan jari. So, kalau bermalam tu, mungkin ada best sikit kot. 

First bila dah sampai tu, kalau dah turun dari kereta api, cepat-cepat la bergerak jika anda ingin tempat duduk di Kluang Rail Coffee. Kalau tak, tak ada tempat duduk. rezeki kami dapat tempat duduk sebelum dan selepas berjalan. Hahaha Seronok menikmati kopi di tengah hari. Tapi, Aien tak boleh minum kopi dan tertarik dengan namanya, Coco Dinasour tu yang order. Sekali tengok, hanyalah secawan milo tabur. Hahaha Bantai gelak.. Boleh laaaa.. Penuh cawannya dengan milo. Menyelerakan tika panas ni. Makan pulak bersama Nasi Lemak yang agak pedas sambalnya, memang berulam la dengan dinasour ni. Jangan pelik pulak kenapa adik sorang tu gigit jari. Dia pening kepala lepas turun dari kereta api, panas pulak. Nugget ayam diorder lambat sikit sampainya. Menengok kan aje orang makan dlu.


Apa yang sedap di Kluang Raif Coffee ni, roti bakar dan kopi dia yang agak mengancam. roti bakar dengan ada bermacam jenis yang anda nak ikut selera anda. Untuk 9 orang makan tak sampai pun RM50. Murah kan? makan pun kenyang jugak sampai patah balik ke sini semula. Al-maklum la, sebelum tunggu kereta api datang tu, singgah lagi ke sini. Dalam kereta api, sambung tido je. :D



Lepas makan, kita berjalan. Turun ke bawah pekan anda akan berjumpa dengan Lama Kreatif Kluang yang terletak di sebelah kanan penjalan kaki. Laman kreatif yang baru nak berkembang ni, banyak jugak lukisan yang cantik. Kalau dilihat, kebanyakan lukisan itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda yang menggunakkan hashtag kitakankawan ni. Lukisan semua cantek. Cumanya tak berapa nak penuh sangat. Aien pun tak ambil semua gambar dia, sebab kepanasan. Tengah hari bai jalan situ. Memang gambar cantek, tapi kena sabar la dengan panas terik mentari. :)




 Ini merupakan jalan masuk ke laman kreatif tu. Macam tak ada apa lagi. hehe

 Menarik kan?? Seronok ambik gambar je di sini. 



















Dah sampai ke hujung jalannya. Panas sangat akak sepupu tu, bila nak ambil gambar pun macam nak cari gaduh. haha

Lepas habis jalan-jalan di Laman Kreatif ni, kami ke Kluang Parade yang mengambil masa 12 minit berjalan kaki. Ni namanya jalan. Betul-betul jalan punya. Tak beli apa sangat sebab tak jumpa benda menarik di sini. Tapi, mana tahu, ada perkembangan kemajuan daripada segi pelancongan dan tarikan mesti menarik lagi. Setakat ni. kalau warga Johor ke sini jalan-jalan tu, maknanya nak naik keretapi saja-saja. Merasa lepak di Kluang Rail Coffee tu. Cukup la kot. Meluangkan masa dengan family, berjalan bersama. Alhamdulillah, masa kami jalan ke mari, hujan mula membasahi bumi semenanjung. Sini pun baru hujan semalam ja. 

Okay. Tu je entry untuk jalan-jalan. :D


Sekian. Esok Aien nak pergi buat check up pulak. :)


Sampai jumpa lagi.

kbai
Friday, October 27, 2017

MOVIE REVIEW: otherlife

Hai hai hai ~ Assalamualaikum dan salam berhujung minggu. Apa buat tu?? Hope uolls dalam keadaan baik-baik saja yaaa.. Alhamdulillah hidup lagi untuk hari ni. Hari ni, Aien nak buat review la sikit. Eh~ tak habis-habis lagi review dia. Sabaq~ sis baru balek dari jalan-jalan ni, bagi la idea sikit nak karang untuk entry tu. Sementara tu, moh ler share review sikit. Ye dok???

Jangan la boring k. Hope uolls jumpa something yang bermanfaat di sini. ehek~ Udah ler tu.. Moh ler kita ke title kita. 


What is OTHERLIFE?? Kenapa dia bersambung?? Disebabkan Aien ni peminat movie sci-fi dan seangkatan dengannya. Itu yang Aien nak buat review. Sejak kita dah masuk ke alam siber lagi berjaya ni, semua di hujung jari, macam-macam movie dan drama yang kita dah tengok. Daripada LUCY, ada lagi satu cerita yang macam Lucy, tapi tak ingat apa tajuk dia. Yang dorang paksa amek pil untuk..... HAAA! LIMITLESS. Dari movie dorang buat drama pulak. Dan ini kali, OTHERLIFE pulak. Conclusion daripada semua movie ni, dorang cuba untuk mencipta satu teknologi atau drug untuk kalahkan TUHAN. Yep! Anda tak salah dengar. Macam dalam limitless, dorang amek pil untuk create satu pembukaan otak untuk lebih bijaksana. Nama pun limitless kan. So, tak ada limit dalam otak manusia ni. But, everything comes with price. hehe

Eh, review cite limitless pulak. Ni tentang otherlife la.. hahaha



Oh, pasal otherlife ni. Sinopsis ringkasnya daripada rotten tomato:

A brilliant software engineer must reassert control over her revolutionary neurotechnology in order to heal her comatose brother and prevent her business partner using it to imprison the minds of millions.

Daripada Aien pulak, movie ni dengan erti kata lain,
Dia cuba bangunkan adik dia yang brain dead, dengan mencipta satu software yang boleh mencipta kenangan dan  adik dia boleh pilih macamana seterusnya kenangan tersebut. 

Eh? Tak faham laaaa... T^T

Nangis hujung katil jap. Mula-mula Aien pun tak berapa nak faham. Al-maklum la movie daripada netflix. Confuse dia terlebih. Senang cakap movie ni, bagi anda satu experience untuk melalui satu pengalaman tanpa perlu ke tempat tu? Faham? Dia macam software yang berbentuk cecair dan diserap masuk ke dalam sel anda as eyes mo. Tau tak eyes mo tu apa?? Ubat mata tu?? yang kena titis dalam mata tu?? *face palm* Macam tak betul je Aien petang ni. hahahaahahahaahaha Okay dah sudah gelak.

Tapi,  ::SPOILER ALERT::

part yang best bila dia ditangkap kerana boyfriend dia mati sebab cuba untested software (yang dia buat untuk adik dia) dan partner dia cuba nak tikam belakang dia. So, konon dia diberi satu pengalaman untuk hidup dalam box room selama 365 hari. WOW~ lama giler. sini je dia punya highlight dan menarik minat Aien nak tengok.

Ending dia, dia give up dengan software tu dan terima ketentuan TUHAN yang adiknya telah pun pergi buat selama-lamanya. THE END.


Ha ha ha ha ... Teruk kan review ni??

Suggest ke tak suggest ni? Tengok la kalau berminat. mana nak tengok? Klik OTHERLIFE dan anda boleh menontonnya di atas talian. Okay?? Cite dia tak ada la teruk sangat. Just.. orang kata buat buang boring tengok movie. Ehe~



Kbai. Sebelum melalut lagi panjang.

Till we meet again..
 


Wednesday, October 25, 2017

MOVIE REVIEW: Tombiruo Penunggu Rimba

Hai hai~ Assalamualaikum uolls~ Setelah berdebu seminggu dalam draft ni, baru ada hati nak edit dia balik. Actually nak review sejurus lepas tengok masa deepavali ritu, but you know... I have no time. uhuk uhuk~ :p

Okay-s~ The story is about how I wondered on Deepavali holiday that was supposed to be KLUANG Journey but we didn't get a ticket, so we change to plan. Tup~ Yes. Watching the movies. With my brother in laws. It's been long time we didn't spend time with him actually. Since my husband being married with me. Kah~ Adik kau telah ditukar ganti. Kini, Kak Long bermaharajalela! *devil face*

It's actually unplanned rancangan. He did. Yes. My husband did. Malam tu tetiba we all kena balik kampung ada kenduri arwah my husband cousin. Husband said: "Kalau tak malam ni dah pergi dah tengok Tombiruo."

Rupa-rupanya... ada udang di sebalik mee. Senyap-senyap je dia buat planning. Esoknya cuti deepavali. Apa lagi. Berjalan la kita. :)

Kebiasaan Aien kalau tengok wayang mesti tengok kat TGV. Tapi kalau TGV yang ambil port untuk tayangan Tombiruo ni nuuuuuuu di hujung Tebrau sana, husband ajak tengok kat MBO je. Dekat dengan rumah. Berbaloi pun berbaloi. Tiket MBO paling murah. RM13 untuk dewasa. Yang lain Aien tengok kawan-kawan post TGV RM13 - RM15. GSC RM14 - RM16. Haa~ So, whatever pun janji anda bahagia. Aien bahagia.


Jom~ tengok. Dah tengok. Aien confuse bukan dorang ni kembar ke. Disebabkan lama dah baca novel ni dan tak ada review lagi balik.. Ingat-ingat lupa je la perjalanan dia. Over all, Aien okay je. Tahniah la pada team produksi. Berjaya bawak perfileman Malaysia ke satu tingkat lagi. Bravo! Kalau ada kritikan tu, anggap la kritikan membangun yer. Dengar cerita Laksamana Sunan pun nak dibawa ke layar perak. Wow~ tak sabar rasanya nak tunggu. Ada 7 ke 8 buku tu. Haaa~ macamana dorang garapkan jalan cerita tu, moh ler kita nantikan.

Till we meet again~

Kbai
Tuesday, October 24, 2017

Shopee Cash Voucher up to RM900 could be yours

Hai hai~ Assalamualaikum howdy nuffnanger-s~


Hari selasa yang redup disergah email daripada Nuffnang yang menyediakan satu port untuk anda mencuba bakat menulis sekaligus untuk menang hadiah. Wow~ awesome right? Apa lagi jom sertainya sekarang. 



Cara-caranya adalah yang pertama dan utama anda adalah nuffnanger-s~ Yes! Indeed. Yang tu penting sebab dapat email pun daripada nuffnang kan. But, Aien think it's okay kot kalau nak mencuba terus dengan menulis dayre tentang Shopee Mall ni. 

Bila sebut Shopee Mall, of course semua tahu sekarang ni tengah kecoh Lazada but hal dengan customer tentang delivery dan sebagainya. Ada setengah daripada customer dah order barang sejak awal October hari tu, sampai hari ni tak sampai lagi. Ish ish kesian. Alhamdulillah sepanjang Aien berurusan dengan cik Lazada, semua item Aien sampai ke rumah dengan selamat dan lengkap semuanya. 

Sementara semuanya sedang berduka dengan cik Lazada, moh cuba dengan Shopee Mall pulak. Aien usha harga di Shopee Mall much cheaper daripada cik Lazada ni. Apa yang Aien usha tu??

Of course Aien usha peralatan dan perabot rumah. Al-maklum la sejak menjadi suri rumah yang berjaya ni, asyik nak hias rumah je gamaknya. Aien usha perabot daripada IKEA yang dijual di Shopee Mall ni. Hurm... harga dia.. Sabar je laa.. mengoda memasing. 



Macam gambar di atas, kalau ni kat Lazada RM 60 ++ la.. sekali dengan postage semuanya dekat jugak RM100. Even orang selalu cakap beli di IKEA sendiri lagi murah dan berbaloi, tapi tunggu la IKEA Tebrau bukak hujung tahun ni or tahun hadapan, memang ke situ la jawabnya. Walaupun begitu, Shopee ni pre-order. Kena la sabar menunggu barang anda sampai 2 minggu dari tarikh anda order. Sabar yer. Kalau tak, pergi beli kat Lazada. :D





Kalau rak ni pulak, Aien telah pun beli dengan Lazada dan harganya dengan Shopee Mall sangat jauh beza. Bestnya rak ni pun tak ada pre-order. Dan sama ja terus sampai ke rumah. Yes! Aien dah jump port yang best untuk shopping!!!  >o< 

Sakan nampak yer.. Biar la.. Kebahagian tu harus dikongsikan bersama #ShopeeMallMY. tak ke gitu?? Siap la cik husband gaji... eh, dah gaji awal ritu.. Boleh la ni cekau satu. hehehe

Buat u guys, cara untuk join contest is such an easy task you know. Here the list thing you must do to participant. Just click the link SHOPEEMALLCONTEST to read more.. 


I hope this will work. hehehe 

Kbai




Sunday, October 15, 2017

MOVIE REVIEW: MY SON kmovie

Nampak tak bila dah selalu nak update tu, ada saja idea dia. hiii~ Hai jumpa lagi. Aien baru lepas tengok movie sedih lagi sob sob air mata mengalir. Sedih sangat cerita dia. 

Meh, Aien nak story sikit. Movie apa? Of course la korea movie. Movie ni sis Aien yang tengok semalam di TvN Movie. So, dia cakap sedih and best, Aien terpengaruh la. Tajuknya: jeng jeng jeng.. 

 MY SON

hasil lakonan pak cik Cha Seung Woo dan Ryu Deok Hwan. 



Cerita ini ditayangkan pada 2007. Haa~ lepas sepuluh tahun baru nak tengok kan? Lulz~ 

Sinopsis berdasarkan asianwiki:

Lee Kang-Sik (Cha Seung-Won) is serving a life sentence for murder. Due to good behavior by Lee Kang-Sik for the past 15 years, he is granted a special 1 day release from prison to visit his family. Lee Kang-Sik can't even remember what his son looks like. What will he say?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sinopsis ringkas mengikut kefahaman Aien yang telah pun menonton movie ini, adalah:

Kisahnya tentang Lee Kang Shik yang dilakonkan oleh Cha Seung Woo ni tadi adalah seorang banduan yang telah dipenjara sejak umurnya 24 tahun akibat daripada kesalahan merompak dan membunuh. Dia juga telah meninggalkan seorang ibu dan seorang anak lelaki di luar sana. Namun, isterinya tidak dapat dihubungi. Setelah 15 tahun dalam penjara, Kang Shik membuat permohonan untuk berjumpa dengan anaknya. Akhirnya, permohonan dia diluluskan dan dia pun dapat berjumpa dengan anaknya untuk sehari. 

Namun, T^T

Part ni sedih, 

Setelah seharian menghabiskan masa bersama "anaknya" Kang Shik baru perasan bahawa anaknya itu bukan anaknya. T^T

Aien sob sob kat sini. Sedih sangat. Bayangkan seorang lelaki yang merupakan banduan nangis meratapi. OMG~ sedih sangat. Rupa-rupanya anaknya, Lee Jong Suk (bukan pelakon tu k) telahpun meninggal dalam perjalanan untuk melawat ayahnya. OMG~ sedih. 


Tak tahan. Amek tisu lagi.. 

moh ler tengok untuk isi masa cuti Deepavali ni. hehe

Link? mana nak cari?

Jap~ 


boleh klik di atas untuk tengok~ 

Selamat menonton! bai



Tahniah!



Alhamdulillah. Dengan jayanya AIENIENKA telahpun berwajah baru. Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls~

Kembalinya Aien di sini, untuk memeriahkan lagi blog ini di hujung tahun. :D Yeah? Hujung tahun sudah kan?? Ndak berasa bah kita ni. Sudah di hujung tahun dua ribu tujuh belas. Apa yang kamu rasa? Sepanjang tahun ni? Adakah berubah atau anda masih sama? hahaha mohon jawab sendiri. haha

Aien dah pun dengan rasmi tukar wajah baru. Even tak ada la baru sangat. Setakat tukar template, dan etc. Rasa okay kot? Btw, fyi untuk korang yang rajin singgah sini, cbox lama telah pun Aien buang dek kerana ketidakberjayaan untuk menampilkan segala isi kandungannya. T^T Sedih tahu~

makanya, Aien buat yang baru, dan masih belum rajin nak cari emoticon comel-comel untuk ditampalkan bersama. Ecewaaaahhhh~

Rasanya untuk kembali dengan penuh semangat tu kurang sikit sebab masih menjejak rakan blogger lama. heheh.. Nanti Aien tinggalkan jejak yer~ 

For all viewers, thank a lot for coming back to this blog. Even though, blog ni sentiasa sepi, uolls sentiasa bersama. Okay~ 

Aien nak p masak. Bai~

Wednesday, October 11, 2017

berhabuk sungguh

Kalau orang dah kata lama tu, maksudnya memang lama sungguh la. Sampai berhabuk. Hari ni, setelah hampir 10 hari mereput dah berhenti kerja, duduk tanam lemak je, baru ada hati nak buka blog. Itupun ehsan si hotspot DIGI yang nak expired besok. Hailo~ Kuno kan? 

Assalamualaikum Uolls~ 

Aien rasa nak kembali ke alam blog ni, nak mohon pemasangan TM dengan encik suami, hope la dapat. hehe. Kalau tak, bertabah saja la yer duhai hati. 

Setelah dikemaskinikan apa yang tak boleh dipasang di sini, ditukar lagu yang telah lapuk lamanya, Aien rasa macam memang perlu baju baru blog ni. hurm... 

Nanti akan difikirkan. Sekarang ni, Aien sibuk memikirkan benda lain untuk menjana pendapatan dari rumah? Ada sesiapa yang singgah sini, nak share tak macamana nak menjana pendapatan? Ada suggest jadi dropship, ada suggest jadi agent. Sebab kan dok umah. Suka skrol-skrol, and overall. benda senang ja~ hehehe

Senang senang pun mental beb, ai is sekarang too much malas. Dah nama nak bersara sekejap dari berjumpa dengan masyarakat. haha Susah ada penyakit anti-sosial ni. :P


Telebih dahulu, Aien menyusun sepuluh jari sebab Aien dah buang shoutbox sebelah tu, nak pasang balik dah tak ingat~~~ T^T sob sob la kejap. nak duduk lelama pun tak selasa dah sekarang. Buntot papan! Hadoi! k, tu je


Sebelum Aien merapu meraban lebih banyak, better off dlu. Till we meet again~

ps: U olls yang nak share dengan Aien macamana nak jana pendapatan, mohon ikhlas hati pm Aien yer.. hehehe di aisyenur@gmail.com k.. pape roger dlu~
Friday, August 11, 2017

Happy Anniversary 6 month

๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Emoji ni keluar tak agak-agak?

Hai u'olls. lama tak Aien menyepi? hehehe kesibukan melanda, dan kemalasan yang bermaharajalela. Makanya..  berhabuk jugak blog ni.. Sampai apa yang Aien pakai dari photbucket tu dah keluar dah haa..

Dari raya Aidilfitri sampai nak raya Aidiladha, baru ter-update entry blog ni. Nampak sangat life huru hura. haha dah la tu. balik la kemari.  :D

Bila tengok tajuk entry, Aien nak wish Happy Anniversary buat diri dan suami. Waa~ pejam celik dah hampir setengah tahun kami bersama.


" Dah ada isi belum?"

Soalan yang paling tak boleh elak. Well, rezeki belum ada lagi. In shaa Allah akan datang. ๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—

Selama 6 bulan, perubahan paling ketara of course la kita duduk di negeri asing dan orang yang kita kenal hanyalah sang suami.

Aien terfikir masa raya hari tu, apakah raya tahun ni bermakna buatku?

Bahagia raya berdua bersama orang tersayang. Tapi, ianya takkan sama dengan keluarga kita sendiri. kan? Ye. Tak dinafikan keluarga suami keluarga kita juga, tapi mereka adalah saudara baru yang kita kenal. Yang masih melalui proses suai diri dan sebagainya.

Alhamdulillah suami memahami dan raya haji ni Aien balik. yeay..

Balik yeay~ nampak x bahagia dapat balik. hahaha

Hilang dah idea nak cerita apa bila cuba nak upload gambar dari hp ni. haa~ yer.  Aien update guna hp ke. xcukup quota untuk bukak hotspot. haha

janji update kan. Aien harap in shaa Allah ada rezeki nak ubah suasana blog ni. bila tu xpasti, tapi niat dah ada di hati. Apa2 pun stay healthy you guys.

till we meet again..


Tuesday, May 23, 2017

Bergedil Daging Mak Terchenta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Amboi~ Aien naik terus je naik resepi yer. 

Terima kasih buat adinda Sofie Adie, yang mengajak kakaknya untuk join contest ni. 

Ramadhan tak lama akan mengunjungi kita? Adakah anda semua bersedia? Menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana diizinkan berjumpa lagi dengan Ramadhan 1438 ni. Moga Ramadhan kali ni, kita bersama-sama meriahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ni dengan amal ibadah. Amiin~ 

Moga kita menjadi orang yang soleh yang teruja berjumpa dengan Ramadhan, bulan yang sangat dirahmati oleh Allah SWT. 

Tahun ni, first Ramadhan Aien bersama suami di perantauan. Selalunya macam tahun-tahun sebelumnya, memang la Aien study kat Semenanjung ni, tapinya tiap kali dekat raya tu mesti dah cuti. So, ada jugak kesempatan berbuka puasa bersama family. Tahun ni, Aien sendiri kena create suasana meriah tu berdua dengan cik husband. haha

Bila dah berjauhan macam ni, benda yang paling teringat sekali adalah menu berbuka tu la kan. Of course~ 
Sejak beberapa tahun yang lepas, mak Aien ada amek bazaar Ramadhan, saja tambah rezeki nak raya. Biasanya menu jualan adalah donut coklat pelbagai rasa, tart telur, Bergedil, popia dan macam-macam lagi jenis kuih. 

Makanan favourite Aien tiap kali berbuka adalah Bergedil Daging dengan Air Lemon Biru tu. Siapa yang biasa ke Bazaar tiap kali Ramadhan dan pasar malam pun ada je air ni. 

So, Aien nak share resepi yang selalu mak Aien buat dan percaya atau tidak, bergedil daging mak Aien selalu habis awal. So, uolls nak tahu apa rahsianya, meh la jenguk sini.  
 Biasa saiz dia dari kecik sehingga besar tapak tangan budak. Daripada harga 50 sen sampai la RM 1.50 pun ada tau. Isi dalamnya kadang-kadang ada yang sedap ada yang so-so.. tapi bila mak buat, semua sedap kan? 



Bahan-bahan yang anda perlukan adalah: (hidangan 2 orang)

8 biji kentang (dikupas dan direbus terlebih dahulu)
200 g daging kisar 
4 batang daun sup
4 batang daun bawang
Sedikit lada hitam
Sedikit Knorr cukup rasa
Sedikit garam


Bahan goreng: 

3 biji telur
Minyak secukupnya


Cara-cara membuatnya:

1. Bila kentang tadi dah direbus, lenyakkan kentang tersebut sehingga semuanya lumat dan menjadi seperti doh. Simpan tepi.

2. Kemudian, tumis daging kisar tadi. Biarkan sehingga naik aromanya. 

3. Masukkan perencah cukup rasa Knorr dan lada hitam serta garam secukup rasa. 

4. Kemudian,  masukkan daging ke dalam doh kentang tadi. 

5. Masukkan daun sup, daun bawang. dan gaulkan bersama semuanya. 

6. Selesai adunan, boleh la bentukkan doh tadi seperti bola kecil. Nanti nak masak boleh leperkan sedikit.

7. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. 

8. Panaskan minyak. 

9. Masukkan bergedil yang sudah dileperkan ke dalam telur, dan goreng sehingga kuning keemasan. 


Tara~~


Siap~ dah bergedil anda!! tahniah. 

Ya Allah, laparnya bila cerita pasal makanan iftar ni. huwaaa~ nak balik umah mak~

hehe emo pulak.. 

Terima kasih lazada yang membantu serba sedikit dapur Aien untuk siapkan menu ni. 
Apa yang Aien pakai? 

Of course la~


Pasti Sedap! Murah je kat Lazada~

Bila sebut murah, Lazada sedang mengadakan sale Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya besar-besaran dari 19 May sehingga 30 Jun sempena lebaran ni. Apa lagi, jom la sambar apa yang patut untuk rumah anda. 

Aien dah banyak yang masuk wishlist ni, tinggal nak tapis-tapis ikut kemampuan je. haha

Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut yer... 


Shopping jangan tak shopping~ 

Salam Ramadhan yer kawan-kawan... 

:D

Kalau ada team blogger yang nak sertai contest ni, moh ler kita meriahkan lagi. Makin ramai lagi seronok kan? 

Klik link ni yer geng~


Selamat mencuba~



Sunday, March 26, 2017

7 siblings and almost 27 years living



Tetiba dapat idea. While belek-belek my wedding pictures and video. Tap! 

I'm proud with my seven siblings. Actually it nice to write seven sister-s, but, I only got 6 sister with a brother. The only one prince in the family. 

Writing this entry means I miss them so much. TT

Bukannya tak pernah jauh dari family sebelum ni, cumanya.... 

It's hard to explain. Being a housewife, waiting for husband to come back home. Finishing all house core, and... everything done~ and what you do during your spare time? 

Some housewife told, she can finish write a book during her child sleep. Some of them also told, they don't have time to do all of that. Get busy you know. Doing all home stuff. Naaa~ 

It's depends to you how you manage your home actually. I do think do something to cover all my boredom. 

First, I can get a new hobby such as knitting, sewing or anything you know. Be a housewife, you will have a lot of time. If you know what I mean. 


Apa da dia ni bebel...

Keep doing what you really want babey~ 

"Why not you kerja saja? dapat cover duit jajan you.." 

Or 

"Do some bisnes la..."

perhaps

"If you be a dropship, you don't have to do anything.."



There a lot of opinion given by people. What I really want actually? 

Wait and see~ 

hehehe 


Sunday, March 12, 2017

One month later

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hidup lagi hari ni.. Setelah sebulan semua telah selesai, dah pun menjalani kehidupan as housewife, Aien mencari idea dan masa untuk menaip. Al-maklum laaa, masa ada idea tak ada.. idea ada masa pulak tak ada kan? 

Well, hari ni, genap sebulan sehari Aien bergelar isteri orang. Macamana life? 
Biasa je. nak tau kena la kawen. heheh sebabnya, tiap orang lain pengalaman dia. Macam Aien, alhamdulillah so far, so good. 

Aien pun dah lama tak menaip di sini, rasa macam nak ubah gaya blog.. tunggu la.  

Geng, jangan boring singgah Aien punya blog. hehe even dah berhabuk sejuta tahun lamanya. 

Sebenarnya minggu ni, Aien nak p buat kad nikah kat pejabat kadi Johor Bahru, tapi nasib husband dah call dulu tanya macamana. Rupa-rupanya, satu Johor tundakan pembuatan kad nikah tu? hurm... punah la impian nak menyimpan kad nikah dalam dompet. haha ngusung ler sijil nikah besar gedabak tu. 

Ada sesiapa geng orang Johor yang dah berumah tangga singgah sini tak? Kalau ada, tinggalkan la pendapat anda di bawah yer.. meh la share share dengan Aien yang baru berjinak jadi warga Johor.  

Sebut lagi jadi warga Johor, semalam jugak, Aien dengan husband shopping untuk household weekly, mak ai... Aien still can't accept how expensive barang-barang kat sini. Nak berdarah mata rasanya. It's more expensive than Sarawak you know. Although people use to say, barang-barang Sabah Sarawak mahal la.. apa la. but bahan-bahan basah, sana murah nak mati. Bayangkan yer... Udang sekilo tak sampai RM 20 pun. Apatah lagi ayam kan. Hadeh, first month ni still tinjau-tinjau harga di kedai yang berdekatan dengan rumah Aien. Mula-mula husband bawak singgah ke Song Mart, situ memang murah habis, boleh la.. tapi, biasa la..  nak jugak jengah TESCO be like... sekali... just 5 item dah rm100. Apa kejadahnya.  =='

Bertabah la yer Aien. Jangan meroyan sangat. Kos hidup sekarang ni lagi ler... Dengan BR1M tak lulus nyer, dengan minyak tak tentunya.. adeh~ 

Dah la.. jangan bebel-bebel. P masak, p makan lagi baguih..  Sebelum korang-korang sekali terjebak dengan masalah housewife be like ni yer.   hahaha 

K, salam March yer kesayangan semua. Lagi 77 hari lagi nak Ramadhan. Pesan Aien, jangan lupa ganti puasa yer.. hehe 

Semoga bulan ketiga tahun 2017 ni mendatangkan rahmat buat kita. 

muah ciked~ bai 

Aien belanja sikit gambar yang tak berapa nak sweet ni untuk korang... 


Sunday, January 29, 2017

......

Assalamualaikum wbt
As you guys can see... yep! tak salah pun. Memang tetiba rasa nak menaip rasa hati yang sedih apabila terindu dengan kawan-kawan di sana. 

Teringat si dia yang tak bagi Aien untuk join dorang disebabkan satu peristiwa tu. Sedih. Deep inside it's so sedih. Why? 

Pernah tak something bad happen yang actually it's come from you and you decide to lie about it just because you know he will mad to you? 

Aien pernah terdetik dulu, I don't like lelaki yang treat me like a bullsh*t and they give a reason just because they love you? 

Seriously, till know I just don't get it why a man abuse a woman when they say that woman is their lover?

Just duh~

Hanya nak menyuarakan kesedihan hati ni. Rindu dengan geng KUSMA, dengan mereka yag bergelar teman. Takkan semata dah jadi isteri orang terus cut semua? I just good to cut people out you know. Just try it. 

I just want to spend my last time with them. before I get serious with the marriage life.. It not I don't get serious now, I just want to.... before become officially alumni of Kolej Universiti Islam Melaka. 


TT
Wednesday, January 11, 2017

STEP 2: Manage of everything

Fuh~ hai hai semuanya.. 
It's been a long time since last entry kan? 

Selamat tahun baru semua. 
Apa khabar tahun baru anda? 
Harap semua baik-baik saja seperti yang dirancang. Jika tak, anggap ia adalah ujian untuk anda, dan ujian untuk hamba-hamba yang disayangiNya. 

Amboi, Aien ni... berceramah tahun baru yer.. 

Well, excited akhirnya punya waktu untuk tulis entry ni. 

Since the title make me more excited and nervous in the same time, so.. continue...


Wow.. lagi sebulan pejam celik untuk my big day.. ehem~ 

Lepas ikut kursus pra perkahwinan pada 27 & 28 Disember tahun lalu, Aien proceed dengan dokumen. Bila dokumen dah selesai, boleh saja settlekan benda lain. 

Demi tahun baru yang semakin tinggi harga barang, Aien decide untuk semua Do It Yourself thing. hehe 
Dari hantaran, ke pelamin, ke rewang nya semua sendiri. Alhamdulillah thanks for parents and adik beradik yang faham even kami tak dapat berkumpul sama. 

Bila sorang di sana, sorang di sini, semua rasa macam... serabutnya. Tapi, alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Harap semuanya mudah sehingga majlis nanti. 

Lagi sebulan, Oh My Allah~ hahaha 

kbai. 

masih banyak jugak nak kena fikir ni, memandangkan Aien susah sangat nak bergerak sendiri. Semua nak kena tunggu driver. Semua orang busy.. Adeh~ tu satu hal jugak.. 

tu je nak bebel pada 11.1.17 ni.. 

Start counting.. 

till the day.. 


Kalau ada kawan-kawan blogger yang dekat Miri, pm la sis kalau nak datang yer.. :P

In syaa Allah.. sis layan. hehe

kbai.. 

Instagram

Pinterest